Wednesday, September 8, 2010

:U:P:D:A:T:E:S:

Demit.
Lamanya tak update.
Janji meletop dah hapdet sampai download Tumblr apps kat ifon :P
Pastu memenuhkan phone je. update nye tang situ jugak.
Tapi rupanya macam cerita usop haslam dan prof digabungkan.
asap lebih sebab nak cover prop cikai.
eh apa ni.

Banyak benda jadi.
Banyak nak update.

Last update 2nd puasa kan?

Update I:

Awal puasa dah berniat tammau beli lauk pauk or tapau, i wanna di 100% home cooked meals. So sebelum puasa dah buat preparation dah. Blend bawang besar, bawang putih, halia, cili api, cili boh.Barang mentah pun beli and portion kan siap-siap untuk daily cooking. So today dah 29 Ramadhan, I am proud to say that, tak pernah tapau makanan lagi and out of 29 days, hanya 4 kali kot tak masak, itu pun sebab Open House invitation and dating di Tony Romas :) Yay!

Update 2:

For months Bib dah complaint pasal kaki dia sakit-sakit. Her heel spur, her calf, her knee, and we did all the readings and articles and allthewhatnots on youtube to find out why. She went to her Physio, asked around , went for massages, but despite all the pain, biasalah Bib, she still proceed with her trainings.
She was so determined to go to Trinidad&Tobago, but i insist dia buat further checkup.
To make long story short, we went to Kuala Lumpur Sports Medicine Centre (KLSMC) and jumpa Dr. Reza Ng (my friend's hubby) and did MRI.
Found out that her ACL dah complete torn.

So on 8th puasa after another long story decision making phase, she undergo her ACL Reconstructive Operation on 18 August 2010. I took 3 days leave and jadi penunggu dan extra nurse di situ. Oh ya, Bib operate di Hospital Pantai Ampang by Dr. Ezlan Merican, a very good (and handsome) doctor :)

So we checked in 18th and by Friday the 20th dah discharged. She need to buat rehab and physio for 6 months, which means she need to let go all of her appointments. It was hard at first but things need to be done and she's as disciplined as ever.

Update 3:

I cut long long tress medium length :P
Miss the long hair.

Update 4:
Historical event!
2010 adalah tahun rumah emak dikemas paling awal utk persiapan hari raya! yay!!!
Took 2 days leave 3-6 September to spring clean emak's house :)

Update 5:

I think, so far yang paling historical adalah when our beloved King was admitted for 6 days kat Animal Medical Centre, Wisma Medivet.

It was around 7ish on 7th of August, when aku ngan Bib tgh bersiap nak pergi appointment doktor Bib for her knee, then Bib perasan King, unlike his usual routine kejutkan ktorg untuk Subuh prayers. I found him in the middle bathroom, lying on the floor. His eyes were open but there was no sound, no movement. Badan dah sejuk. Berderau darah. Suddenly teringat dD my previous cat,yg died of poisoning.

Bawak King masuk bilik letak atas tilam and check him thoroughly. Lemah and sejuk. His paws sejuk bangat. Suruh dia bangun but he jatuh straight away and wont move. His eyes was .. hollow.

By then we knew, there's something terribly wrong with him. Wrap him up in his blankie, grab his carrier and off we go to the nearest vet.

Bib was nervous, I was speechless with king on my lap, and iphone to see if UPM vet is open , which they memang tutup on Sat!

nasib baik teringat Vet kat Jalan Tun Razak, googled and called them up. By 8.45am we reached AMC and by 9am, King was checked and the vet told us that his BP is almost none and they need to do blood test and other check up to come up with any diagnosis

Ina was there to see King through the grill. We hugged, we consoled, we were reunited.
Ina had to go back, and we went to Starbucks KLCC to get some food and coffee. And by 12.30, I called the vet and was told that King has Congestive Heart Failure, with damaged kidney.

Who would have thought.
We were both speechless and was drowning in our tears.
We rushed back to AMC.
He was admitted in ICU - because he cant breath on his own, he was put in a transparent cube filled with oxygen, dripped with his medication.

King was discharged 6 days after that, Bib visited him daily keeping him company.
He lost 1.1kg and gain that .1kg 3 weeks later :)

He cant be cured, but we can extend his life by giving him a better quality of life, constant medication and no excitement nor suprises meaning to more main-main and running around.
But he's happy. and we are blessed.

Update 6:

10.08.2010
Genap Arwah Hj. Shamsuri, Bib's father passed away.
Al-Fatihah.



pheww..
rasanya ada lagi yang tertinggal.
but i think tunggu la, my brain cells tak warm up lagi (padahal dah kul 2.30pm)

Toodles doodles.

Friday, August 13, 2010

hapdet Nerbes

Salam.



Alhamdulillah semalam keluar opes jam 5.30pm tajam and sampai rumah pukul 6.15pm.

Sempat juga menyinggah di kedai beli barang nak buat puding karamel :)



Semua sampai kul 6.50pm, by the time tak siap lagi but everything is under control. Bib dah beli ikan siakap, siap siangkan..ceh ceh pandai pun.. Gorengkan ikan kembung, cincang cincau untuk sirap bandung, rendam and basuhkan sayur sedap.



Terharu.. baru nak buat scene balik tu, sia-sia je dengusan. dem it, should have known to just bury the drama me long time ago.

:)

Peace ya'll

Thursday, August 12, 2010

Nerbes

Hari nih second day puasa.
Selamat Berpuasa pada sesapa yang puasa.

Kepada sesapa yang kenal aku, semua orang (dan juga haiwang peliharaannya) tahu yang aku nih memang suka masak.

Semacam satu ketagihan memasak ni, tahap kepuasan tu tak payah cakap la kan.
Tambah-tambah kalau stok barang semua ada. And tools pun complete.

Tapi to me, kalau tak complete and takde stok pun, cabaran memasak tu lagi besar and lebih memuaskan bila selesai semua.

Anyway, semalam gila nerbes aku. Dah lah Bib ambik dari opes dekat kul 6, karang marah nanti, habis lah pahal aku yang melimpah-limpah ni, pastu jem tak hengat. Bib kata jangan ikut jalan biasa (flyover Exit 1123 Serdang/Seri Kembangan) so ikut jalan rahsia yang tak berapa rahsia la. Jem jugak la pulak. Dalam kepala tgn merancang-rancang apa nak buat dulu bila sampai umah.

I dont mind berbuka air kosong and then masak tapi tak thrill la kan. Nasib baik la nak masak untuk aku ngan bib je, buatnya ada tetamu, mau aku tukar jadi rasaksa. And aku je pun puasa, Bib selamat hariraya.

Then setelah aksi persilatan kat dapur (tak sempay tukar baju hokey...) nasib baik sempat jugak masak and solat Asar (mental note: sila solat di opes sebelum balik :P ) around 8.15pm kuar carik kopi. (ceh..ingatkan pegi terawih)

balik tu singgah la Caltex beli bekalan sahur, iaitu roti kerim terjumpa ******* dan *********. Borak2 Bib ajak buka sama besok (hari ni la)

SERIOUSLY aku memang suka ada tetamu di rumah.
So I can cook and entertain.
So dengan jemputan tu, jadiknya aku kena masak extra 2 pax.
Kalau 2 tu insya Allah sempat la kot.

Tup tup..

Bib tepon.. "tambah lagi tetamu ye malam ni.. +++, +++++, +++++++++++ pun join sama"

Gulp.

Mana boleh marah kan?
Sebab nak kata marah, tak jugak.

Cuma tetiba rasa bahu ni berat bangat.

Ye la Bib kata tak payah susah-susah.
Tak payah rushing-rushing.
SERIOUSLY. SERIOUSLY.
gila kau?

habis tu orang dah azan kalo tak masak nak hidang apa?
"korang korek hidung dulu ye, lauk tak siap lagi"
boleh?

aku tak marah.
cuma aku nerbes.
ye aku cepat kalut.
bukan sebab tak boleh buat.
Insya Allah.

tapi risau tu tetap ada.
i am a perfectionist
and i am very posessive of my kitchen.

I cook alone.
I dont do duet or choir dalam dapur.

sigh.

apa masalah aku ni?

Wednesday, July 14, 2010

hating me

losing a friend sucks big time kan.
i am not talking about losing a friend sebab dia passed away ke apa,
but when one need to choose between love and friendship.

it sadden me seriously, and then timbul perasaan marah.
mostly i am mad at myself for not knowing how to fight this.

tak payah la cerita panjang-panjang cuma nak mengekspress rasa hampa pada diri sendiri.

bukan tak sayang kawan.
bukannya dia jahat pun.
baik bangat.
semua pun suka.

tapi tu la.
dia membawa title beracun.

sampai bebila pun title tu orang tak boleh lupa kot.

what have i become?

Wednesday, July 7, 2010

Gulai Udang Galah dan Pucuk Paku

Hari Ahad hari tu, Bib puasa, terasa nak berbuka puasa dengan ikan kembung goreng pedas, pegi ke Pasar Borong Selangor mencari bahan. Dah dapat kembong (mabung sebenarnya, sebab ikan kembung comel2 je) jumpa pulak udang hensem ni dan ketam bagak. Terus tukar menu ke gulai ketam (tu nanti post lain ye)

Bahan-bahan:

Udang galah
Serai
Kunyit
Garam
Asam Keping
Santan
Pucuk Paku
Cili api

Cara aku:

1.Bersihkan udang galah dengan membuang semua sampah sarap sesungut dia, tapi ktorg ni suka makan penyepit dia so ko simpan lah. Bagi menyenangkan persiapan, ko belilah satu gunting untuk dapur macam dalam gambar ni, aku beli kat Ikea, tapi aku rasa zaman sekarang ni mana pun ko boleh beli, jangan jadi alasan tammau siang udang. Aku sepak karang.

The tricky part of the udang is to buang taik dia kat ekor dia tu. Pada bahagian yang paling bawah di ekor udang tu ko tarik la macam urat hitam udang tu. Kalo ko dah godek2 tak jumpa, alamatnya ko masak je la, takde la beza sangat pon, cuma yang very the tu mungkin tammau makan, alamatnya lebih la satu untuk ko makan kan? kan?


wajah udang korban di samping senjata pembunuhan

2. Ko dah bersihkan and basuh la sebersih yang ko paham anggota badan udang tu, masukkan dalam periuk dan masukkan sekali kunyit (serbuk atau tumbuk, aku semua very the cepat, so serbuk pilihan utama), cili api blend, garam, asam keping dan serai yang telah dititik.

3. Hidupkan api dan ko tak payah masukkan air. ko kacau2 la. Tatkala ini memang semua kering, cuma air udang mungkin akan keluar sedikit. tapi bila ko takut hangus sebab ko memang masak sambil tengok TV kan, ko masukkanlah air sedikit just tammau dia hangus. Sekejap je peringkat ni.

4. Udang tu dah merah kemalu-maluan, ko masukkan santan tadi. Ikut la tahap lemak mania yang digemari dan adjust lah dengan garam nak segenggam ke secubit sayang.

5. Ko jangan lupa siang pucuk paku, ambik lah yang muda dan lembut2.

6. Bila dah mendidih, ko rasa la okay tak tahap masin dan masamnya.. pastuh masukkan pucuk paku tadi.

7. Jangan takut habiskan pucuk tu, nampak je banyak, once masuk dia akan lembut dan berenat bersama jasad udang tadi.

Pastu hidanglah, ko biar dalam periuk tu apa pasal?








Selamat mencuba.

putih hijau putih hijau

[kaler apa tu? tu la perkembangan warna kahak aku sepanjang bulan ni]




lamanya tak update blog..

banyak nak cerita tapi tak cukup perbendaharaan kata nak explain.

banyak peristiwa best juga tapi lepas tu momentum hilang.





bosan asyik sakit lately.





orang kata sebab cuaca.

aku kata sebab aircond office yang centralised, dia centralised kuman kumin sekali untuk kita kongsi.

sharing is (s)caring diorg kata.

Sapa diorg tu?
suara halus tu la.
ha ye la. suara halus sapa lagi.

nije berhati seni tu la *mampus aku*

anyway,

mak aku cakap sebab King.





who? me?

Hama and bulu dia. Kenot be..
Mak aku selagi boleh kaitkan dengan King memang semua la berkait.
Bukan mak aku benci King, tapi lepas apa jadi kat Adriana, memang dia trauma.

Mak Bib cakap pulak benda lain.
Kena pergi berubat. Tapi aku dah ambik ubat dah :P hehe..aku penakut sebenarnya..tetambah benda2 halus ni. ignorance is bliss katanya. Kata aku la. Berubat doktor sehabisnya, baru aku akan mengalah.

Sebulan tak elok2.

Dah 3 ke 4 kali ke klinik dengan lawatan percuma ke Kecemasan di Hospital Putrajaya pada jam 4 pagi. thank you bucuk Bib. *sayu*




eh, rock on sign otw utk roadtrip Penang, bukan hantar Emergency :P



Aircond kat ofis macam bahagian daging dan ayam di Jusco.
Ye la, kat ofis pun banyak daging dan ayam juga. Juga di aras 5 ada sayur sekali (inside joke, lantaklah ko tak paham). Selain daging, kesejukan ini juga diteorikan untuk menyejukkan hati yang selalu panas, dan air milo (READ: Nescafe)


Batuk yang kong kong kong bunyi dia setiap kali aku cuba bertenang untuk ambik napas. Seksa.
tapi nasib baik tak sampai nak terkencing.. mesti sebab aku suka buat (s)excercise kegel tu.

Last-last akibat tak tahan (and takut bila somebody mention pneumonia) aku ke Az Zahrah Bangi.Rupanya aku demam hari tu, tu la lama sangat menjeruk, badan sendiri panas pun tak tau.. temp 38.1 rasanya. Terus x-ray dan buat blood test. RESULT: jangkitan paru-paru.


Bersyukur to finally realized whats going on inside.

It's been a week now, 99% meds dah habis ambik, except for one anitibiotic for tonite and tomorrow morning and tomorrow ke Az Zahrah untuk check semula. But i think common sense la kan.. rasa okay dah..ubat habis dah, perlu ke pergi semula ye?

Thursday, June 3, 2010

:::bawah:::

rasa sangat down.
lebih down dari lagu jay sean.

Followers