Wednesday, December 29, 2010

Bihun Goreng Ala Pemalas :)




Bahan-bahan: (untuk 4-5 orang makan)

Bihun setengah peket (direndam)
3 sudu minyak masak
2-3 sudu besar lada giling (cili boh)
2-3 sudu sos tiram
sedikit bawang merah (blend)
sedikit bawah putih (blend)
3 sotong yang telah dibersih dan dipotong ikut sukahati anda
3-4 batang sawi yang telah dibersih dan dipotong
secawan air

Cara-cara:

Panaskan minyak
Tumis bawang besar dan bawang putih
Setelah wangi, masukkan cili boh dan tumis sehingga masak.
Masukkan sos tiram.
Masukkan air.
setelah mendidih, masukkan sotong.
Setelah sotong masak, masukkan bihun yang telah ditoskan selepas direndam tadi.
Gaul sebati.
Masukkan sayur sehingga masak.

Tutup api.
Bukak mulut.
Telan.

Resipi ayam goreng:
Ayam + Garam + kunyit , Goreng.
Duh..


Selamat menjamu selera :)

1 comment:

My 2 cent:

Followers