Showing posts with label King. Show all posts
Showing posts with label King. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

putih hijau putih hijau

[kaler apa tu? tu la perkembangan warna kahak aku sepanjang bulan ni]




lamanya tak update blog..

banyak nak cerita tapi tak cukup perbendaharaan kata nak explain.

banyak peristiwa best juga tapi lepas tu momentum hilang.





bosan asyik sakit lately.





orang kata sebab cuaca.

aku kata sebab aircond office yang centralised, dia centralised kuman kumin sekali untuk kita kongsi.

sharing is (s)caring diorg kata.

Sapa diorg tu?
suara halus tu la.
ha ye la. suara halus sapa lagi.

nije berhati seni tu la *mampus aku*

anyway,

mak aku cakap sebab King.





who? me?

Hama and bulu dia. Kenot be..
Mak aku selagi boleh kaitkan dengan King memang semua la berkait.
Bukan mak aku benci King, tapi lepas apa jadi kat Adriana, memang dia trauma.

Mak Bib cakap pulak benda lain.
Kena pergi berubat. Tapi aku dah ambik ubat dah :P hehe..aku penakut sebenarnya..tetambah benda2 halus ni. ignorance is bliss katanya. Kata aku la. Berubat doktor sehabisnya, baru aku akan mengalah.

Sebulan tak elok2.

Dah 3 ke 4 kali ke klinik dengan lawatan percuma ke Kecemasan di Hospital Putrajaya pada jam 4 pagi. thank you bucuk Bib. *sayu*




eh, rock on sign otw utk roadtrip Penang, bukan hantar Emergency :P



Aircond kat ofis macam bahagian daging dan ayam di Jusco.
Ye la, kat ofis pun banyak daging dan ayam juga. Juga di aras 5 ada sayur sekali (inside joke, lantaklah ko tak paham). Selain daging, kesejukan ini juga diteorikan untuk menyejukkan hati yang selalu panas, dan air milo (READ: Nescafe)


Batuk yang kong kong kong bunyi dia setiap kali aku cuba bertenang untuk ambik napas. Seksa.
tapi nasib baik tak sampai nak terkencing.. mesti sebab aku suka buat (s)excercise kegel tu.

Last-last akibat tak tahan (and takut bila somebody mention pneumonia) aku ke Az Zahrah Bangi.Rupanya aku demam hari tu, tu la lama sangat menjeruk, badan sendiri panas pun tak tau.. temp 38.1 rasanya. Terus x-ray dan buat blood test. RESULT: jangkitan paru-paru.


Bersyukur to finally realized whats going on inside.

It's been a week now, 99% meds dah habis ambik, except for one anitibiotic for tonite and tomorrow morning and tomorrow ke Az Zahrah untuk check semula. But i think common sense la kan.. rasa okay dah..ubat habis dah, perlu ke pergi semula ye?

Monday, May 17, 2010

wiken

Wiken hari tu tak balik Seremban pun.
Selain dari menghantar partner in crime ke KLIA untuk ke Asian Cup 2010 di Chengdu,China; masa cuti minggu adalah untuk mengemas rumah yang dah berbulu-bulu macam King. Kalo aku kumpul agaknya bulu tu, King dah ada gelfren dah sebuah.


hi King..


Setelah habis menangis sambil mendengar lagu feeling mengelamun kena tinggal lagi dua minggu oleh si bucuk Bib, terus mula spring winter autumn cleaning bermula di stor.

Hoh. sampai penuh troli membawak sampah sarap yang berupa kipas siling yang telah dileraikan sebab kami punya walk in cupboard tak muat ceiling fan besar ni. kalo pasang jugak mau berlobang wardrobe tu, jadi walk in hell.

It took me around 8 hours to clean the storeroom, and half the condo. tapi takde la sempat mop pun. Ralit dengan mengelap semua mak bapak frame gambar, segala almari tapi still tak jugak habis.

the thing is aku cepat je bosan dengan kedudukan furniture yang sama, so mesti tukar dan tukar dan tukar!
By 7 pm , decide nak keluar nak beli barang umah sikit. Sebabnya aku cukup malas nak tapau makan dr luar walaupun duduk sorg dan sekor. tak suka the idea of eating alone rasa macam loser tu satu, pastu i am just not a good alone eater! unless i have a reading material. bukan picisan macam Mangga okay. itu tahap bacaan IQ -8.
So, yang aku bijak pandai pulak pergi masa Maghrib, dah la banyak yang menumpang keta dengan aku belanja dinner darah A- sepanjang perjalanan. tensen.
tapi hidup mesti diteruskan.
Dah. itu je la. habis dah mood nak berblog sebab nak balik.
bai.




Friday, April 30, 2010

Selama aku masuk servis nih, banyak kali jugak la aku berangan nak duduk umah and just do all the chores, cooking and cleaning. Do creative stuff with no due date or meetings to attends.

Then as time goes by, as i start to get very attached to my job, I somehow still wish that I am able to do all the things I love doing at the office, at home. Only to go to the office if there's any meeting.

But then as years passing by, I begin to enjoy being in (some) meetings (productive ones) as one get to solve complicated issues and crisis maturely. Tapi bila stuck dalam meeting yang penuh dengan 'gema' dan 'nasik tambah' mulalah aku sakit jiwa kenapa tak charge ipon ko siap2 pandai?

Tak kisahlah berapa tahun pun lagi aku akan berada dalam servis ni, tapi aku tau , pasti akan ada jugak suara-suara kecik bagitau yang duduk kat umah lagi best dr kerja kat opes or kerja opes lagi best buat di rumah. apapa pun dalam satu ayat tu ada perkataan opes dan rumah dan kerja.

lagi satu adalah aku selalu berangan "satu hari nak berhenti kerja dan volunteer kat SPCA" apa motif pun aku tak tau. adakah sebenarnya aku memang nak berhenti tammau kerja, or aku kerja tapi gaji seciput or tammau gaji nak tolong haiwan sahaja kah?

i dont really do a lot of turun padang charity work but even the small things i do macam masuk treasure hunt or walk a hunt tu pun dah rasa best.

and working with animals is actually(to me..sometimes) lebih best dari manusia yang susah betul nak cakap terima kasih or even acknowledge.

sometimes it takes animals to make us feel human again. kan King?


Thursday, April 29, 2010

My Fourth First


Giving myself another (erm..4th) chance to blog.

Maybe kalau terlupa (tipu) or malas sangat nak blog..i can ask King to blog for me :)
Gambar bukan sekadar hiasan: Mummy suruh update blog..guess King still looking for inspiration to blog :P


Followers